Permit Lori Kelas C

Permit lori C merupakan permit kenderaan yang membawa barangang individu itu sendiri untuk tujuan perdagangan atau perniagaan.

1.0)         Dasar Khusus Permit C 

1.1)         Dasar Semasa

Bagi dasar semasa permit lori jenis C, permit ini terbuka kepada semua individu, Syarikat Perkongsian, Syarikat Sdn. Bhd, syarikat Berhad, Badan Berkanun dan Koperasi. Berat muatan lori haruslah melebihi dari 5 tan dan keatas. Berbeza dengan permit A dalam pemilikan ekuiti asing, permit C membenarkan 100% pemilikan ekuiti asing untuk memohon permit ini.

1.2)         Kawasan Operasi

Bagi permit kelas C, kawalan operasi adalah sedikit terhad berbanding Permit A. Pengendali permit C hanya dibernarkan beroperasi di 7 negeri yang berdekatan dengannya. Sektor kenderaan, sektor bahan kimia dan bahan mudah terbakar, sektor petroleum gas dan oksigen, sektor bahan-bahan binaan dan sektor perubatan, perabut dan mesin adalah dikecualikan untuk beroperasi di 7 buah negeri berdekatan.

1.3)         Ciri-ciri Kelayakan Pemohon Permit C

Individu/Syarikat Perkongsian

Individu dan Syarikat Perkongsian perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai lesen GDL yang masih sah tempoh. Modal terkumpul juga perlu bersamaan dengan nilai 30% daripada harga kernderaan yang dibeli. Bagi kelayakan permit C ini, pemohon hanya layak memohon maksimum dua set lesen sahaja sama ada 2 set lesen kenderaan rigid atau 2 set Trailer, atau 1 set kenderaan rigid dan 1 set Trailer sahaja.akhir sekali, pemohon perlu mengemukakan invois untuk memohon permit jenis C ini.

Syarikat Sdn. Bhd., Syarikat Berhad, Badan Berkanun dan Koperasi

Pemohon bagi kategori ini boleh mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan mempunyai modal berbayar RM250 ribu dan keatas. Selain itu, mempunyai modal terkumpul bersamaan 30% daripada harga kenderaan yang akan dibeli. Pemohon juga perlu mengemukakan invois sama seperti syarikat individu dan perkongsian.

Enquiry