Apakah Permit Lori?

Pengenalan Permit Memandu

Permit lori merupakan permit yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPAD) bertujuan untuk meluluskan pengusaha untuk menjalankan aktiviti/perkhidmatan pengangkutan awam darat Malaysia. 

Permit ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pengangkutan awam seperti bas dan teksi dan kenderaan untuk mengangkut barangan seperti lori. Perubahan lesen kenderaan kepada lesen pengendali memberikan banyak impak baik yang telah dikuatkuasakan pada 8 mac 2012. 

Lesen kenderaan dahulunya hanya bersandarkan kenderaan sahaja dan lesen pengendali disandarkan kepada pengendali. Contohnya, setiap kenderaan perlu mendapatkan lesen kenderaan tetapi bagi lesen pengendali, pengendali hanya perlu satu lesen utama untuk semua kenderaan.

Laluan bagi lesen kenderaan adalah terhad berbanding lesen pengendali yang membenarkan kenderaan digunakan dalam laluan yang telah diluluskan.

Selain itu lesen kenderaan perlu dipohon secara berasingan jika mempunyai banyak kenderaan tetapi bagi lesen pengendali permohonan boleh dibuat secara bersekali.

Badan-badan yang Bertanggungjawab

1.     Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)

2.     Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)

3.     Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

4.     Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

5.     Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

[gravityform id=”2″ title=”true” description=”true”]