Dasar dan Jenis Lori

Dasar Umum Kenderaan Barangan

Permohonan maksimum bagi syarikat perseorangan dan syarikat perkongsian hanya layak memiliki 2 set lesen sahaja iaitu 2 set kenderaan rigid/Prime Mover atau 2 set kenderaan Trailer atau 1 set kenderaan rigid/Prime Mover dan 1 set Trailer.

Keperluan modal terkumpul ialah 30% daripada harga kenderaan yang akan dibeli. Selain itu, mempunyai keperluan perkhidmatan dan kontrak pengangkutan.

Lesen juga perlu mempunyai tempoh yang sah tidak melibihi lima tahun dan mempunyai kebenaran dari pihak berkuasa bagi meletakkan kenderaan di perhentian atau di mana-mana terminal yang diluluskan.

Salinan Resolusi perlu dikemukanan kepada pengarah bagi mendapatkan pengesahan Penandatangan.

Lesen ini juga boleh ditukar hak milik kepada keluarga terdekat seperti suami, isteri dan anak-anak dan keputusan untuk tukar hak milik kepada jenis keluarga yang lain akan diputuskan oleh Suruhanjaya berdasarkan merit hak milik yang terdahulu.

Bagi Surat Tawaran Kelulusan(STK) tidak boleh ditukar hak milik. Untuk pertukaran syarikat bumiputera kepada bukan bumiputera adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Jadual dibawah menunjukkan jenis kenderaan Rigid/Prime Mover dan jenis kenderaan Trailer.

Kenderaan Rigid/Prime Mover Kenderaan Trailer
Cargo Truck With Tail-Lift Platform Prime Mover
Cargo Truck With Crane Semi-Trailer
Livestock Carrier Tanker
Pallet Truck Timber Jinker
Tank Truck Pole Trailer
Refrigeration Truck Refrigerated Body
Cargo Truck Low Loader
Box Van Cement Truck
Cargo Truck With Trailer Platform Trailer
Dump Truck Container Trailer
Concrete Mixer Box Trailer
Hookroll Truck Bulk Tanker
Concrete Pump Car Transporter
Tipping Trailer

Quick Enquiry