Permit Lori Kelas A

Permit lori A merupakan permit kenderaan yang membawa barangan untuk disewa atau upah bagi tujuan perdagangan atau perniagaan.

1.0)         Dasar Khusus Permit A

1.1)         Dasar Semasa

Untuk dasar semasa bagi permit lori jenis A, ia terbuka kepada semua individu, Syarikat Perkongsian, Syarikat Sdn. Bhd dan Koperasi. Bagi pemilikan aset asing, kaum bumiputera haruslah mempunyai ekuiti di dalam syarikat sekurang-kurangnya 30% untuk mendapatkan permit ini dan hanya perkhidmatan kurier sahaja yang dibenarkan 100% pemilikan ekuiti asing.

1.2)         Kawalan Operasi

Bagi permit kelas A, kawalan operasi adalah dibenarkan di seluruh semenanjung Malaysia.

1.3)         Kenderaan dan Tanda Pengenalan

Penanda “A” di badan kenderaan pengangkutan merupakan tanda pengenalan bagi permit ini dan tanda ini adalah wajib dipamerkan pada badan kenderaan. Nisbah kenderaan haruslah 1 : 1 bagi pengangkutan yang mempunyai dua jenis kenderaan iaitu kenderaan rigid dan Trailer.

1.4)         Ciri-ciri Kelayakan Pemohon Permit A

Individu/Syarikat Perkongsian

Untuk mendapatkan permit ini bagi individu atau syarikat perkongsian perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Individu dan syarikat perkongsian juga perlu mempunyai Lesen Memandu Barangan (GDL) yang masih mempunyai tempoh yang sah. Modal terkumpul perlu ada sekurang-kurangnya 30% daripada harga kenderaan yang akan dibeli. Pemohon juga perlu mempunyai kontrak pengangkutan dan keperluan perkhidmatan serta 100% adalah milik rakyat Malaysia.

Syarikat Sdn. Bhd., Syarikat Bhd., Koperasi

Untuk Syarikat Sdn, Bhd. Syarikat Bhd. dan Koperasi, pemohon juga perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Syarikat ini juga perlu mempunyai modal berbayar tidak kurang daripda RM500 ribu. Modal terkumpul juga perlu bersamaan nilai 30% daripada harga kenderaan yang ingin dibeli, mempunyai kontak pengangkutan dan keperluan perkhidmatan sama seperti syarat kelayakan individu dan syarikat perkongsian.

Enquiry